Home » » Tun Dr Mahathir Mohamad: Lempar Najis Kerja Orang Bodoh

Tun Dr Mahathir Mohamad: Lempar Najis Kerja Orang Bodoh

Written By Redaksi kabarsulawesi on Jumat, 27 Agustus 2010 | 8:33 PM


Kabar Sulawesi : Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan, Malaysia wajar melakukan protes terhadap tindakan demostran Indonesia yang melakukan demostrasi anti di Kedubes Malaysia di Jakarta, sejak minggu lalu.

Namun begitu, seperti di kutib di web Malaysia kini, Mahathir berpesan, agar warga Malaysia tidak mengikuti aksi “melancarkan siri demokrasi”, seperti yang dilakukan para demostran Indonesia di depan Kedubes Malaysia. Selain itu mantan perdana menteri ini mengungkapkan, tindakan sekumpulan demostran yang melemparkan kotoron atau najis dan membakar bendera Malaysia, adalah sebagai perbuatan bodoh.

"Orang ini dia tidak ada pelajaran, dia bodoh. Sebab itu dia buat semacam itu," katanya ketika ditemui wartawan di Masjid Negara hari ini.

"(Perbuatan peserta demonstrasi Indonesia) perkara kecil tapi kita tidak sepatutnya buat semacam itu. Kita tak boleh buat terlalu garang. Kita boleh protes tapi tidak tidak boleh buat seperti itu," katanya yang menganjurkan supaya protes dijalankan secara baik

Sementara itu, menteri luar Datuk Seri Anifah Aman menyikapi persoalan ini, mengatakan akan menyelesaiakan masalah ini secara baik, dan meminta agar warga Malaysia agar bersabar dan bersikap rasional terhadap kejadian tersebut.

Berikut hasil uploade berita yang diambil dari Situs Malaysiakini :


Protes berkenaan berlarutan semenjak insiden penangkapan tiga pegawai kementerian kelautan dan perikanan Indonesia pada pertengahan bulan ini.

Insiden di perairan sempadan Malaysia-Indonesia berhampiran Kepulauan Riau itu berlaku ekoran tindakan pegawai penguatkuasa laut Indonesia menahan tujuh nelayan Malaysia, didakwa mencerobohi perairan negara itu.

Semua tahanan yang terlibat dalam insiden berkenaan bagaimanapun telah dibebaskan oleh kedua-dua agensi penguatkuasa berkenaan.

Nik Aziz: Demo anti-Malaysia memalukan

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan sekumpulan rakyat Indonesia membakar Jalur Gemilang dan melempar najis manusia ketika berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Isnin lepas sebagai "memalukan".

Mursyidul Am Pas itu berkata sepatutnya sebagai negara berjiran, kedua-dua kerajaan boleh menyelesaikan sebarang perselisihan faham secara kekeluargaan.

"Memang perkara itu memalukan kerana kita berjiran, sebangsa dan seagama, kenapa boleh jadi begitu? Ini memalukan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Mingguan Jumaat di Dataran Ilmu, di Kota Bharu hari ini.

Nik Abdul Aziz sebelum itu diwawancara sebuah stesen televisyen Indonesia, TV One.

Beliau yang diminta mengulas insiden Isnin lepas itu juga berpandangan Malaysia dan Indonesia adalah seperti dua beradik yang seharusnya menjadi contoh baik kepada negara lain.

- Bernama

Kediaman duta besar M'sia pula diancam

Setelah melempar najis manusia ke dalam kawasan kedutaan besar Malaysia di Jakarta Isnin lalu, kumpulan penunjuk perasaan yang sama mengugut untuk berbuat demikian di kediaman duta besar Malaysia pula.
Kali ini, penunjuk perasaan dari kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) itu dilaporkan akan disertai kumpulan gabungannya yang menamakan diri sebagai Pemuda Pemudi Anti Malaysia.

Sementara itu, 25 penunjuk perasaan BENDERA merancang berdemonstrasi di hadapan Bank CIMB Niaga petang ini dan mengulangi aksi sama di pejabat Petronas kemudian.

Polis Indonesia yang mendapat maklumat mengenai rancangan demonstrasi haramdi hadapan kediaman duta besar Malaysia di Patra Kuningan, bertindak mengetatkan kawalan dengan menempatkan lebih 200 anggota di sekeliling rumah tersebut sejak 9.30 pagi tadi.

Sejak malam semalam, polis Indonesia telah menempatkan anggotanya bagi menjaga keselamatan di kawasan kediaman duta besar Malaysia itu.

Pada masa yang sama, polis Indonesia turut menempatkan ramai anggotanya di hadapan kedutaan besar Malaysia di Kuningan, sebagai persediaan menghadapi kumpulan sama, yang dilaporkan turut merancang mengadakan sekali lagi demonstrasi di situ.

Kedutaan besar Malaysia menghargai langkah yang diambil polis Indonesia dalam menjaga keselamatan di kawasan kediaman duta besar dan bangunan kedutaan.
Lima bungkus najis

Setakat 3.30 petang waktu Indonesia Barat, demonstrasi di hadapan kediaman duta besar Malaysia dan kedutaan besar Malaysia belum diadakan.
Isnin lalu, 37 anggota BENDERA berdemonstrasi di hadapan bangunan kedutaan berkenaan dan membawa lima bungkus najis manusia sebagai "hadiah" kepada Malaysia, yang didakwa telah mencemarkan maruah Indonesia dengan cara lebih kotor daripada itu.

Seorang daripada mereka sempat melempar bungkusan najis ke dalam pintu pagar kedutaan besar Malaysia manakala yang lain bertindak melepaskan kotoran itu ke atas Jalur Gemilang yang mereka pijak di atas jalan raya.

Mereka melepaskan kemarahan terhadap Malaysia berikutan insiden di perairan Malaysia-Indonesia berhampiran Bintan, Kepulauan Riau pada 13 Ogos yang menyaksikan bahagian penguatkuasa kementerian kelautan dan perikanan Indonesia menahan tujuh nelayan Malaysia, sementara polis marin Malaysia pula menahan tiga pegawai penguatkuasa kementerian Indonesia itu.

Kedua-dua pihak mendakwa melakukan penahanan itu kerana pencerobohan dalam wilayah masing-masing.
'Sweeping' rakyat Malaysia

Berikutan kejadian lempar najis itu, polis Indonesia menahan empat anggota BENDERA, tetapi membebaskan mereka beberapa jam kemudian atas alasan mereka belum melakukan perbuatan berkenaan.

Seorang pegawai di kedutaan besar Malaysia yang dihubungi pada hari berkenaan, telah mengesahkan bahawa najis yang dibungkus dalam kertas pembalut makanan berwarna coklat itu, telah dilempar masuk ke kawasan kedutaan.

Pada hari yang sama, sebelum bersurai, kumpulan BENDERA telah memberi kata dua kepada polis Indonesia supaya melepaskan anggota mereka yang ditahan, atau mereka akan bertindak mengusir rakyat Malaysia, yang dinamakan sebagai "Sweeping Rakyat M Polis Indonesia turut mendapat maklumat mengenai rancangan kumpulan BENDERA untuk mengusir rakyat Malaysia yang berada di Jakarta hari ini, dan wartawan Malaysia telah dinasihatkan agar tidak menghampiri kumpulan penunjuk perasaan itu bagi mengelakkan tindakan "sweeping" dilakukan.

Berikutan itu, semua pelajar Malaysia di Jakarta dinasihatkan supaya tidak melalui kawasan Jalan Diponegoro, Menteng, Jakarta bagi mengelak tindakan "sweeping" oleh anggota Bendera.

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Indonesia Datuk Junaidy Abu Bakar juga menasihatkan pelajar supaya keluar rumah secara berkumpulan, dan segera menghubungi beliau atau pemimpin pelajar jika diancam mana-mana pihak.

"Saya minta seluruh mahasiswa Malaysia agar menghindari dan menjauhi kawasan Menteng, khususnya Jalan Diponegoro.

"Kawasan tersebut telah dikenal pasti antara kawasan yang akan dilakukan sweeping rakyat Malaysia oleh kumpulan BENDERA," katanya.

- Bernama
alaysia". 

PKPIM hantar wakil ke Indonesia

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) akan menghantar wakil ke Indonesia bagi mengukuhkan 'Rukun Muafakat' yang dipersetujui dengan Persatuan Pelajar Islam Indonesia (PPI).

Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata pengukuhan semangat yang dipersetujui dalam Rukun Muafakat itu perlu dalam menghadapi ancaman yang mungkin timbul terhadap pelajar Malaysia di republik itu.

Beliau bimbang sekiranya demonstrasi yang berlarutan di Indonesia sejak minggu lalu akan mencetuskan insiden kekerasan terhadap pelajar Malaysia di negara itu.

Beliau menegaskan demikian ketika ditanya mengenai demonstrasi di depan kedutaan Malaysia di negara itu semalam yang turut melibatkan beberapa pertubuhan mahasiswa negara itu.

Jelasnya, forum berkenaan merupakan medium yang penting untuk meredakan sentimen anti-Malaysia di republic tersebut.
"Bagi kita isu ketegangan Malaysia dan Indonesia ini sentiasa berterusan. Kalau ada isu kecil, akan ada invidivu tertentu yang akan ambil peluang untuk wujudkan masalah. Mereka bukan daripada kumpulan majoriti.

"Ini kerana pertubuhan yang mempersetujui Rukun Muafakat ini tidak bersuara. Mereka perlu didorong untuk bersuara supaya dapat tenggelamkan suara-suara provokasi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Muhammad Faisal berkata, PKPIM telahpun menerima jemputan daripada PII supaya menghantar seramai mungkin wakil untuk menghadiri satu majlis forum bersama pertubuhan pelajar yang bernaung di bawah PII.
"Kita akan cuba hantar seorang wakil ke sana selewat-lewatnya seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri," katanya lagi.

Lima rukun berkenaan antara lainnya menggariskan pertubuhan pelajar supaya menginsafi persaudaraan Islam serta persamaan rumpun Melayu antara Malaysia-Indonesia "dalam berhadapan dengan pelbagai isu yang melibatkan kedua-dua negara."

Ia turut menuntut supaya mengutamakan pendekatan bersifat diplomasi dan perbincangan dalam menghadapi isu melibatkan perbincangan bersama.

Rukun berkenaan juga menyeru para pelajar supaya menjauhi tindakan bersifat emosional yang boleh menjurus kepada kekerasan, selain memupuk persefahaman kebudayaan dan idealisme.
Share this article :

Posting Komentar

 
Redaksi : Pedoman Ciber | Testimoni | Kirim Berita
Copyright © 2011. Kabarsulawesi.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Kabar Sulawesi Disclaimer